Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Senator Datuk S Nallakaruppan telah menyerahkan satu pita video kepada peguamnya untuk tujuan pembelaannya dalam saman RM100 juta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pita itu diserahkan kepada peguamnya, Datuk Muhammad Shafee

Abdullah di lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

NONE "Jagalah ini betul-betul," kata Nallakaruppan (kiri dalam gambar) kepada Shafee,ketika menyerahkan satu sampul berwarna coklat.

Walaupun ditanya wartawan, Nallakaruppan enggan mendedahkan kandungan pita video itu, dan hanya berkata semuanya akan didedahkan semasa prosiding mahkamah.

Anwar memfailkan saman tersebut awal tahun ini terhadap bekas ahli PKR itu, serta akhbar harian Utusan Malaysia , yang menyiarkan laporan muka depan yang memetik Nallakaruppan.

"Saya mahu kes ini bermula secepat mungkin. Saya tidak boleh tunggu. Beliau telah menyaman saya sebanyak RM100 juta, tetapi itu tidak cukup. Samanlah saya sebanyak RM500 juta! Saya berpegang dengan keterangan itu," kata Nallakaruppan.

Katanya, ini adalah bukti kedua yang beliau serahkan kepada Shafee, yang "akan memberitahu mahkamah tentang Anwar, (Timbalan Presiden (PKR) Azmin Ali dan isterinya Shamsidar ".

Ditanya sama ada beliau akan memfailkan saman balas terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu, Nallakaruppan berkata: "Kita akan tunggu."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS