Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pindaan Rang undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) 2012, dengan menegaskan perkara tersebut tidak sepatutnya dipolitikkan.
Menurut Azizan, berkata kerajaan sebaliknya negeri telah berbincang mengenai perkara tersebut sejak dua tahun lalu kerana sedar perbezaan antara mufti dan badan kehakiman boleh mengelirukan, lapor The Star.
"Pindaan tersebut tidak ada kena mengena dengan saman surau Madrasah Salihiah," katanya merujuk kepada tindakan undang-Undang terhadap kerajaan negeri ekoran pembangunan kompleks membeli belah yang melibatkan sebahagian tanah dan surau di situ.
Beliau juga berkata, golongan bukan Islam tidak perlu bimbang dengan pindaan itu kerana ia tidak melibatkan mereka.
Pada 17 April lalu, DUN Kedah melulus undang-undang baru untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.
Peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10).
Hal demikian mengundang pelbagai bantahan termasuk dariapda Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang menyifatkan tindakan itu menyalahi amalan ulama besar zaman dahulu.
Mmanakala Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata ia "mematikan intelektualisme" dan tidak demokratik.