Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 200 masyarakat India hari ini berhimpun depan pagar Parlimen hari ini bagi menuntut masalah pemilikan kad pengenalan mereka diselesaikan segera oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONE Mereka mendakwa, masalah itu dialami oleh kira-kira 300,000 masyarakat India.

Walaupun bercadang menghantar memorandum kepada Najib, ia bagaimanapun diterima oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran tiada wakil kerajaan hadir menemui kumpulan itu.

Sambil bersalaman dengan mereka, Anwar yang juga ketua umum PKR berjanji akan membangkitkan perkara itu untuk diteliti kerajaan.

NONE Kumpulan itu juga membawa pelbagai kain rentang anti-Najib sambil menjulang kad pengenalan merah (penduduk sementara) di luar pagar Parlimen.

Kebanyakan mereka mendakwa tidak dapat mendaftar sebagai warganegara dengan Jabatan Pendaftaran Negara ketika tidak mempunyai surat beranak dan dokumen pengenalan diri lain.

Ekoran itu mereka gagal mendapat faedah pekerjaan antaranya melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS