Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PTPTN supaya pemodal dapat meniaga kolej'
Diterbitkan:  Apr 17, 2012 1:10 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa kerajaan mahu mengekalkan kebergantungan kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi 'melindungi' kepentingan "pemodal" yang mahu membina kolej kediaman bagi tujuan perniagaan.

Justeru itu, Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma PSM, R Karthiges berkata "tindakan kasar" Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pelajar yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka diambil kerana pendidikan percuma dianggap sebagai ancaman kepada amalan kapitalisme.

"Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan.

"Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?" soal pemimpin parti berhaluan kiri itu.

Karthiges juga mempersoalkan tindakan kerajan yang didakwa memberikan reaksi keterlaluan terhadap pengumuman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untk memansuhkan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya.

"Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan apabila pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera," katanya dalam kenyataan semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS