Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Pinjaman PTPTN untuk pelajar kurang mampu

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga bermakna memberi pendidikan percuma kepada golongan kaya.

Sedangkan, objektif asal PTPTN adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan tinggi, katanya.

Tambahnya, langkah itu akan membebankan ekonomi negara kerana pemansuhan PTPTN akan menyebabkan ia perlu diganti dengan mekanisme lain.

NONE Dengan sinis, beliau juga menyeru golongan yang menyokong supaya PTPTN dimansuhkan supaya membiayai kos pengajian pelajar terbabit.

“Jika pelajar tidak suka, mereka tidak perlu ambil pinjaman dan mereka yang menyokong pemansuhkan PTPTN boleh biaya pelajar itu," katanya lagi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ratusan pelajar berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur, Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan percuma dan supaya pinjaman PTPTN dimansuhkan.

Saki baki pelajar berkenaan juga mendirikan khemah di Dataran Merdeka dan berazam untuk terus berhimpun di kawasan tersebut sehingga perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS