Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

GALERI FOTO

Empat orang siswa mendakwa mengalami cedera ringan dalam pergelutan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika pegawai tersebut cuba merampas khemah mereka pagi ini.

Insiden berkenaan didakwa berlaku pada kira-kira jam 10.15 pagi, apabila pegawai dianggarkan seramai 30 orang itu bersemuka dengan pelajar terbabit dalam cubaan untuk meruntuhkan satu khemah pelajar terbabit.

Empat pelajar berkenaan mendakwa cedera dalam pergelutan yang berlaku selepas itu.

NONE Pengerusi kumpulan pelajar Malaysia Bangkit Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, salah seorang pelajar berkenaan mengalami calar manakala tiga yang lain didakwa telah ditumbuk.

Mohd Syahid mendakwa beliau sendiri ditumbuk di bahagian dadanya manakala seorang lagi, Alif Asyraf antara lain didakwa mengalami calar-calar setelah pelajar itu didakwa diheret dan ditendang.

Kumpulan pelajar itu merupakan saki-baki daripada ratusan pelajar yang berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur pada Sabtu lalu untuk menuntut supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dimansuhkan.

Mereka seterusnya mendirikan khemah di satu sudut Dataran Merdeka dan bertegas untuk terus berkhemah di situ sehingga perhimpunan 'duduk bantah' BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS