Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini berkata keputusan pemegang konsesi Maju Expressway (MEX) untuk menjual konsesi lebuhraya tersebut untuk sejumlah keuntungan merupakan tindakan yang sama teruknya dengan menjual permit untuk kereta import (AP).

Katanya, pemegang konsesi MEX, Tan Sri Abu Sahid Mohamad telah bertemunya untuk menjelaskan penjualan konsesi berkenaan dan beliau telah menasihati usahawan itu supaya mendedahkan penjelasan itu kepada umum.

Tambahnya, Abu Sahid telah menjelaskan kepadanya bahawa usahawan itu telah melaburkan banyak wang untuk membina lebuhraya tersebut.

Katanya, Abu Sahid perlu menjelaskan kepada masyarakat umum kerana usahawan itu dilihat membuat keuntungan hasil daripada penjualan berkenaan.

Maju Expressway Sdn Bhd, yang 96.8 peratus milik Abu Sahid, menjual konsesi tersebut kepada syarikat EP Manufacturing untuk jumlah RM1.7 bilion.

Pakatan Rakyat mendakwa Abu Sahid bakal mendapat keuntungan RM1.09 bilion daripada urusniaga berkenaan – 1,800 peratus daripada pelaburan awalnya sebanyak RM60 juta.

[Baca berita penuh]

ADS