Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Beberapa orang jemaah di sebuah surau Jumaat di Taman Cempaka, Pandan Indah berasa kurang senang dengan khutbah disampaikan seorang penceramah bebas yang menyokong pendidikan tinggi percuma di Malaysia.

Seorang anggota jawatankuasa Surau al-Falah, Ishak Darus berkata beberapa anggota jemaah itu mengeluh kepadanya bahawa khutbah tersebut terlalu bersifat politik.

Katanya, jawatankuasa itu juga memutuskan untuk tidak lagi menjemput khatib berkenaan selepas ini.

Tambahnya, penceramah berkenaan antara lainnya berkata bahawa banyak negara menyediakan pendidikan percuma dan kerajaan yang gagal bertindak demikian adalah kerajaan yang zalim.

Katanya lagi, khatib berkenaan secara tidak langsung menyebut mengenai pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jelasnya, khatib berkenaan menggunakan teks khutbah sendiri walau dibekalkan teks yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS