Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan Utusan gambarkan BERSIH jahat, kata saksi

Inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diberitahu hari ini bahawa kebanyakan laporan negatif ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu memberi justifikasi kepada tindakan keras polis ke atas peserta berkenaan.

"Laporan Utusan Malaysia mungkin menguatkan alasan untuk menggunakan kekerasan ke atas peserta perhimpunan," kata pemerhati media Ding Jo Ann daripada Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

NONE “Laporan Utusan , contohnya, sangat negatif, dan mencemaskan. Ada serangan peribadi ke atas Ambiga (Sreenevasan), satu usaha bersepadu untuk menggambarkan BERSIH sebagai (pertubuhan) jahat," kata Ding lagi.

Ding berkata demikian dengan merujuk kajian CIJ ke atas perhimpunan tersebut antara 25 Jun hingga 11 Julai tahun lalu.

Ding berkata kajian itu juga dilakukan ke atas tiga akhbar harian lain – New Straits Times , The Star dan The Sun .

Katanya, kesemua 771 laporan itu, termasuk laporan berita dan rencana pengarang, dikaji dalam empat aspek utama – sama ada tuntutan BERSIH dinyatakan; sama ada laporan tersebut positif, negatif atau neutral ke atas BERSIH; dinyatakan sumber; dan dinyatakan undang-undang terlibat.

NONE Tambahnya, kajian itu juga mendapati tuntutan BERSIH 2.0 disisihkan daripada banyak laporan yang diperhatikan dan banyak yang langsung tidak merujuk BERSIH mengikut nama penuhnya – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

Perkara itu menyebabkan pembaca sukar mengetahui perkara sebenar mengenai perhimpunan itu, kata Ding lagi.

Tambahnya, hanya sembilan peratus daripada laporan Utusan menyebut lapan tuntutan BERSIH, manakala akhbar The Sun pula sebanyak 32 peratus.

Jika tuntutan BERSIH itu disiarkan sekalipun, ia seringkali digunakan untuk memaparkan kepalsuannya dan untuk menyatakan betapa perhimpunan itu tidak perlu diadakan, kata Ding lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS