Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: P'raya umum ke-13 akan sengit
Diterbitkan:  Apr 12, 2012 7:20 PM
Dikemaskini: 11:21 AM

Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka sengit.

spr putrajaya penanti by election abdul aziz yusof 270409 02 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana parti pemerintah BN sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.

"Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kursus dua hari bagi 79 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka di Sibu Khamis sebagai persiapan mengendalikan pilihan raya bagi 16 kerusi parlimen di wilayah tengah Sarawak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS