Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Musa: Dakwaan rasuah hanya 'kitar semula'
Diterbitkan:  Apr 12, 2012 5:36 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, dakwaan rasuah terhadapnya oleh laman pembocor maklumat Sarawak Report hanyalah "kitar semula" dan bersifat "semberono".

"Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam tempoh dua minggu, Sarawak Report yang beroperasi di London membuat dua dakwaan terhadap Musa.

Dakwaan pertama menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya atas dakwanya mengeluarkan lesen pembalakan kepada adiknya Datuk Seri Anifah.

Sarawak Report mendakwa mempunyai dokumen SPRM - yang bocor daripada siasatan terhadap Chia, hartawan balak yang selalu didakwa sebagai rakan Musa - bagi mempertahankan dakwaannya.

Dakwan kedua melibatkan dakwaan anak Musa - Mohammed Hayssam dan Hazem - didakwa menerima suapan daripada Chia.

Laman itu mendakwa mempunyai dokumen rahsia daripada SPRM dan rakan di Hong Kong bagi menyokong dakwaan itu.

Sarawak Report mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan meneruskan kes itu.

[Baca berita penuh]

ADS