Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini enggan mengulas berhubung perhimpunan "duduk bantah" di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

NONE "Saya tidak akan buat apa-apa komen. Belum sampai masanya. Saya akan komen bila masa sepatutnya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga enggan mendedahkan butiran persediaan polis bagi menghadapi perhimpunan itu.

Difahamkan pihak polis hanya akan mengulasnya seminggu sebelum tarikh ia dijadualkan.

Sementara itu, Mohmad juga berkata, pihak polis bersedia terhadap sebarang kemungkinan ekoran perhimpunan kumpulan mahasiswa Sabtu ini bagi menuntut penghapusan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, mereka sentiasa bersiap sedia walaupun perhimpunan itu belum dimaklumkan kepada mereka secara rasmi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS