Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam: Laporan PSC tidak memadai
Diterbitkan:  Apr 4, 2012 6:19 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Majlis Peguam menganggap laporan oleh jawatankuasa terpilih parlimen untuk menambahbaik pilihan raya (PSC) yang dibentang di parlimen semalam "tidak lengkap" dan "tidak memadai."

Presiden badan itu, Lim Chee Wee berkata, 22 syor yang dikemuka PSC itu sudahpun mengikut halatuju yang betul namun jawatankuasa berkenaan gagal membuat saranan yang komprehensif dan terperinci untuk membuat penambahbaikan berkesan.

Katanya, kebimbangan utama Majlis Peguam ialah berkaitan kegagalan PSC untuk menangani isu berhubung daftar pemilih.

Lim dalam satu kenyataan berkata, sistem untuk menambah pengundi baru dalam daftar pemilih mesti bebas daripada penipuan manakala daftar sedia ada perlu dibersihkan daripada rekod yang salah.

Tambahnya, usaha PSC dalam hal itu sangat kecil dengan membuat audit ringkas ke atas daftar pemilih, yang dijalankan agensi kerajaan Mimos.

Audit berkenaan dijalankan dengan ketetapan yang terhad sedangkan terdapat kes yang memerlukan audit yang lebih menyeluruh ke atas daftar pemilih, kata Lim lagi.

"Di India, contohnya, kemaskini ke atas daftar pemilih merupakan proses berterusan, dengan semakan yang sebahagiannya dijalankan dengan memeriksa setiap rumah, satu persatu," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS