Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PPP mohon tanding 4 kerusi parlimen, 12 DUN
Diterbitkan:  Apr 2, 2012 7:21 AM
Dikemaskini: 11:26 PM

Parti Progresif Penduduk (PPP) telah memohon peruntukan empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri untuk ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

   

kayveas ppp pc 120308 anguish Presidennya Datuk M. Kayveas (kiri) berkata nama calon parti untuk kerusi Parlimen dan kerusi DUN di Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur telah diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pemilihan kerusi pilihan raya dilakukan berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan oleh parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Batu Caves-Maran 1Malaysia Big Walk 2012 di ibunegara semalam.

    

Dalam raya umum 2008, PPP diperuntukkan dua kerusi di Perak iaitu kerusi Parlimen Taiping dan kerusi DUN Pasir Berdamar yang mana kedua-dua kerusi itu dimenangi oleh calon DAP.

Sebagai persiapan menghadapi PRU ke-13, Kayveas berkata PPP telah merangka pelbagai program, dialog, seminar dan sesi pertemuan bagi memikat pengundi baru

memilih kerajaan BN.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS