Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan mahasiswa menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menolak tuntunan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai menghina keintelektualan mahasiswa dan ahli akademik.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang berkata, walaupun peruntukan pinjaman itu bernilai berbilion ringgit ia masih realistik untuk dimansuhkan.

muhammad safwan anang launch police report 050112 safwan anang 01 "Itu bukannya suatu benda yang tidak boleh dibuat... RM6.1 bilion, (berbanding) dengan ketirisan puluhan bilion. Takkan kerajaan tidak boleh selesaikan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Khaled sebelum itu menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa sebagai tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sementara itu, Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah (KARISMA) Mohamad Hafizudin Abdul Mukti berkata kenyataan Khaled amat mengecewakan serta kerajaan sepatutnya menanggung beban rakyat ia merupakan tanggungjawab.

"Jika kerajaan yang memerintah hari ini tak sanggup untuk menanggung beban dan masalah rakyat, maka elok sahaja rakyat memilih parti lain yang mampu memberikan pendidikan percuma dan mampu memansuhkan PTPTN demi kesejahteraan rakyat," katanya

NONE Sementara itu, Mandeep Singh yang kini menggerakkan "Kelab Mangsa PTPTN" dalam PSM berkata, kerajaan patut membebaskan kira-kira 130,000 peminjam tabung berkenaan daripada disenaraihitamkan.

Ini kerana, tindakan itu menyukarkan peminjam untuk pergi keluar negara seperti yang dihadapinya pada Julai tahun lalu - sehingga beliau bertindak menyaman PTPTN di mahkamah.

Beliau turut mendesak Pakatan Rakyat berbuat demikian jika memerintah kelak.

PKR dan PAS sebelum ini memberikan komitmen untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke universiti jika berjaya menawan Putrajaya. Mereka bagaimanapun tidak menyentuh berhubung isu senarai hitam ke luar negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS