Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perak timbang diklasifikasi dokumen pelaburan bijih besi
Diterbitkan:  Mar 29, 2012 8:11 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk diklasifikasi beberapa dokumen berhubung projek pelaburan bijih besi di Teluk Rubiah, Lumut, yang menurutnya, bagi membuktikan kepura-puraan pakatan pembangkang yang konon menjadi pejuang alam sekitar.

NONE Katanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk diklasifikasi beberapa dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) sebenarnya bersetuju terhadap projek berkenaan semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri.  

    

"Saya cabar Nizar beritahu perkara sebenar. Saya mahu lihat jika dia cukup bertanggungjawab untuk beritahu rakyat bahawa dia juga terlibat dalam projek ini," kata Zambry selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di Seri Iskandar semalam.

    

Pembangkang ketika menentang projek pelaburan bijih besi oleh syarikat Vale SA itu, mendakwa Zambry telah menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat Brazil berkenaan.  

NONE "Tidak dinafikan pelaburan Vale adalah usaha kita (kerajaan Barisan Nasional) apabila ada perbincangan tidak formal dengan syarikat itu sebelum pilihan raya umum 2008.

    

"Tetapi apabila pembangkang ambil alih pentadbiran negeri mereka meneruskannya dan projek pelaburan itu telah disetujui secara rasmi," katanya.  

Ketika ditanya mengenai perhimpunan awam "Save Teluk Rubiah" yang dijadual Sabtu ini, Zambry (kanan) berkata ia jelas bertujuan untuk menimbulkan isu terhadap kerajaan BN tambahan memandangkan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung.

 

"Vale bukan Lynas. Ia adalah kilang penghasilan bijih besi dan tidak ada kena mengena dengan radioaktif. Projek Vale datang lebih awal," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS