Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Janji mansuh PTPTN mesti masuk Buku Jingga'
Diterbitkan:  Mar 25, 2012 3:23 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Pakatan Rakyat digesa memasukkan janji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Buku Jingga dan manifesto pilihan raya.

"Kami berharap pemimpin Pakatan akan menunaikan janji yang dibuat oleh ketua pembangkang," demikian pendirian Pemuda Parti Sosialis (PSM) Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden dan dua lagi kumpulan anti-PTPTN.

azlan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan mahasiswa di Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu berjanji akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, sekali gus memansuhkan keperluan untuk PTPTN.

Pemuda PSM kumpulan itu juga berkata, sebagai pihak yang mendokong agenda pendidikan percuma, mereka sedia bekerjasama dengan Pakatan bagi tujuan itu.

Kumpulan itu juga menegaskan, pendidikan merupakan hak asasi manusia dan ia mesti bebas daripada bebanan dan diberikan secara percuma.

"Kami berpendirian bahawa sistem sekarang dalam bentuk pinjaman PTPTN yang ditawarkan membebankan mahasiswa.

"Ia menyebabkan mereka berhutang memberi kesan serius kepada kehidupan mereka selepas tamat universiti," kata kenyataan itu lagi.

Anwar ulangi mansuh seta merta

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Anwar pada 23 Mac sekali lagi mengulangi janji itu dalam ceramah di Port Dickson.

NONE Malah, katanya, tindakan itu akan dilaksanakan serta merta selepas menawan Putrajaya.

"Semasa saya menjadi timbalan perdana menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa.

"Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Lukut, Negeri Sembilan pada 22 Mac.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS