Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Patologi: Baharudin mati akibat serangan jantung
Diterbitkan:  Mar 21, 2012 7:01 AM
Dikemaskini: 11:07 PM

Mahkamah Koroner yang mendengar perbicaraan inkues pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu diberitahu bahawa kulit Baharudin perlu disiat bagi mencari sama ada terdapat kesan lebam di bawah kulit pemandu teksi itu.

Pakar Patologi Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Anuar Zainun, 37, berkata prosedur itu (pemotongan kulit) perlu dijalankan ketika proses bedah siasat terhadap Baharudin berikutan terdapat sesetengah kesan lebam tidak boleh dilihat daripada permukaan kulit si mati.

NONE "Ada lebam yang tidak boleh nampak daripada permukaan kulit, justeru kulitnya perlu disiat untuk memastikan wujud atau tidak lebam yang terdapat pada anggota badan Baharudin," katanya ketika ditanya peguam Ahmad Jufliz Faiza yang mewakili keluarga Baharudin ketika pemeriksaan balas.

Selain itu, ketika disoal Ahmad Jufliz sama ada beliau bersetuju serangan jantung yang dialami Baharudin adalah disebabkan gas pemedih mata, pakar patologi itu mengakui bersetuju dengan peguam.

"Saya setuju dan itu yang saya cari ketika saya melakukan bedah siasat terhadap Baharudin... saya juga ada berfikir mungkin serangan jantung itu disebabkan oleh pukulan atau gas pemedih mata," katanya.

Bagaimanapun, Dr Khairul memberitahu bahawa beliau tidak dapat memastikan kesan darah yang terdapat pada baju yang dipakai Baharudin ketika hari kejadian namun Dr Khairul mengesahkan terdapat sedikit pendarahan pada tulang rusuk kiri Baharudin yang patah.

Dalam keterangan sebelum ini, Dr Khairul Anuar memaklumkan mahkamah bahawa punca kematian Baharudin adalah disebabkan serangan jantung berdasarkan jantung lelaki itu yang pucat, membengkak serta tiga saluran darah jantung utamanya yang tersumbat dengan teruk.

funeral baharudin bersih Beliau turut memaklumkan bahawa berdasarkan hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap Baharudin pada pukul 11.30 malam, 9 Julai tahun lalu, mendapati berat jantung si mati tidak normal iaitu 500 gram berbanding kebiasaan berat jantung yang normal iaitu antara 250 dan 300 gram.

Terdahulu, saksi ke-19 pendakwaan Supritendan Soo Me Tong memberitahu bahawa beliau bersama pasukannya menjalankan satu ujian persampelan di Lapangan Sasar Jugra, Banting pada 21 Julai lalu bagi mengumpul sampel kesan gas pemedih mata dan sampel semburan air sebagai perbandingan dengan barang kes iaitu pakaian, air mata dan kulit Baharudin.

Ketua Bahagian Kimia di Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), itu turut memaklumkan bahawa tujuan ujian tersebut adalah untuk membuktikan kehadiran bahan-bahan kimia yang terdapat pada badan si mati berikutan dakwaan yang menyatakan Baharudin mati disebabkan gas pemedih mata.

NONE "Seramai enam anggota pasukan saya memakai pakaian daripada fabrik sama engan pakaian Baharudin dan sampel ke atas mereka diambil selepas enam jam idedahkan kepada gas pemedih mata untuk dibandingkan dengan sampel Baharudin tau barang kes," katanya.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Zulkpli Abdullah bersambung hari ini.

- Bernama

ADS