Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wikileaks: Pejabat Anwar nafi paksa keluarkan RPK
Diterbitkan:  Mar 19, 2012 5:16 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan keputusan tidak memasukkan penulis blog Raj Petra Kamarudin dalam forum Wikileaks dibuat penerbitnya sendiri dan pihaknya tidak pernah memaksa perkara itu.

Ketua staf di pejabat itu Ibrahim Yaacob berkata, permohonan asalnya untuk wawancara Pengarah Wikileaks Julian Assange dengan Anwar dan nama Raja Petra sebagai "penumpang" hanya diberitahu kemudian.

azlan "Makanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange," kata Ibrahim.

"Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilapor menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan Raja Petra dalam program di England itu.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu dilapor berjalan dengan mempertemukan Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.

azlan Najib kelmarin dilapor berkata, keputusan Anwar itu tidak konsisten dengan amalan demokrasi dan sifat terbuka yang dilaungkan apabila tidak seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta "mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka".

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, beliau kesal dengan "tohmahan" itu kerana ia tidak berdasarkan fakta sebenar kerana tidak timbul soal debat kerana persetujuan hanyalah wawancara Anwar dengan Assange secara satu sama satu.

Ibrahim sebaliknya berkata, Najib sebaliknya yang patut berdebat dengan Anwar berkaitan isu nasional kerana ia pasti memberi manfaat banyak kepada rakyat dan negara Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS