Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tolak tubuh tribunal bagi siasat Gani, Musa

Kerajaan menolak desakan bagi menubuhkan sebuah tribunal untuk menyiasat dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah menyalahgunakan kuasa mereka ‘menganiaya’ beberapa pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

NONE "Tidak. Saya telah menjawab di Parlimen lama dulu mengenai perkara ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam jawapan ringkasnya kepada Malaysiakini .

Malaysiakini minggu lalu melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk  Johari Baharom mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumnpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

[Baca berita penuh]

ADS