Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PSC isu Lynas satu gimik, kata Himpunan Hijau
Diterbitkan:  Mar 17, 2012 5:33 PM
Dikemaskini: Mar 18, 2012 1:08 AM

Penubuhan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) untuk mengkaji isu Lynas adalah "tidak perlu" dan satu "gimik" untuk melambatkan usaha menangani isu tersebut sehingga selepas pilihan raya umum, kata gabungan alam sekitar, Himpunan Hijau hari ini.

" Pengumuman Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai penubuhan PSC untuk mengkaji isu loji pemprosesan nadir bumi Lynas adalah tidak perlu, dan kami mengesyaki ia satu lagi gimik untuk mengheret isu ini sehingga selepas pilihanraya.

NONE "Jika perdana menteri benar-benas berpegang kepada moto 'Rakyat Didahulukan', maka inilah masa untuk beliau membuat keputusan

tegas kerana rakyat sudah bersuara dengan kuat dan jelas," kata Wong Tack, pengerusi jawatankuasa pemandu gabungan tersebut.

Wong ( atas, tengah ) berkata, ahli-hli Parlimen jelas tidak mengambil serius isu Lynas selepas isu-isu berkaitan dengan loji berkenaan telah berulangkali dibangkitkan kepada rakyat.

"Seluruh negara tahu bahawa semua undang-undang dan prosedur telah dilanggari dari awal lagi untuk membawa projek pencemaran yang besar ini dan seluruh projek ini tidak masuk akal dari segi ekonomi dan sosial," kata Wong dalam satu kenyataan.

"Namun, hanya sekarang dan selepas semua fakta dikemukakan dengan begitu jelas, selepas rakyat telah membuat keputusan, ahli parlimen kita masih mahu menubuhkan jawatankuasa yang tidak diperlukan ini," katanya.

NONE Sebaliknya, kata Wong, perdana menteri perlu tampil membuat

kenyataan yang jelas mengenai loji Lynas.

"Berapa kuat anda mahu kami menjerit dan melaung sebelum anda boleh mendengarnya?" tegasnya.

Bulan lepas, dianggarkan 15,000 penyokong hadir di perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan, Pahang, untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS