Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pertikaian Simunjan: Lima ditangkap, jengkaut dibakar

Satu lagi pertikaian hangat membabitkan hak tanah adat di Sarawak di Sarawak tercetus dan berakhir dengan polis menahan lima penduduk Iban di sebuah perkampungan di Simunjan kerana didakwa membakar sehingga 13 buah jengkaut milik sebuah syarikat kelapa sawit.

lundu native arson case 071207 nicholas mujah Syarikat itu adalah milik usahasama antara badan pelaburan Tabung Haji, dan agensi kerajaan negeri, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) Nicholas Mujah ( kanan ), pada mulanya, enam lelaki Iban telah ditangkap pada 13 Mac.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang dikatakan adalah seorang guru kerajaan, dan hanya dikenali sebagai Ismawi, dibebaskan pada jam 6 petang pada hari yang sama.

Lima tahanan lain dihadapkan ke mahkamah majistret Simunjan pada jam 9 pagi semalam. Majistret membenarkan permohonan polis untuk lanjutan reman empat hari.

Penduduk kampung yang ditangkap itu adalah Kudie anak Jampong 52 dan Brandon anak Kudie, 36, dari Kampung Temiang/Mumong, Mang anak Maggat, 55, dari Kampung Keniong, Sebi anak Daka, 51, dari Kampung Sengkalan, dan Kendawang anak Mina, 65.

Semua mereka diwakili oleh peguam Dominique Ng.

bakun dam special report logging site 070910 Menurut saksi, kira-kira 200 penduduk tempatan hadir di mahkamah, sebagai menunjukkan perpaduan mereka dan menyokong rakan-rakan yang ditangkap.

Kejadian terbaru ini hampir sama dengan peristiwa penahanan 'Sebangan Tujuh' pada 22 Oktober lalu apabila penduduknya membakar jentera dan bangunan di kem balak Loyal Billion, juga di Simunjan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS