Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik guru-guru di Tawau dipercayai juga diedarkan kepada sekolah di Kuala Lumpur.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa guru di sebuah sekolah rendah diminta melabelkan diri mereka sebagai hitam, kelabu atau putih mengikut kecenderungan politik mereka, sama seperti yang dilakukan di Tawau.

Menurut seorang guru, yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan berkenaan dijalankan bulan lalu.

NONE "Ya, kajian itu sama dengan apa yang dilakukan di Tawau. Borang itu mempunyai dua ruang, pertama senarai nama guru dan kedua untuk ditandakan sama ada putih sebagai menyokong  kerajaan, hitam bagi yang memihak kepada pembangkang dan kelabu bagi mereka yang tidak pasti, "kata guru itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada jika kajian itu diarahkan oleh kementerian atau pegawai pendidikan, tetapi percaya tinjauan berkenaan dijalankan di sekolahnya kerana ia terletak di kerusi yang dipegang oleh pembangkang.

Namun tinjauan rambang di beberapa buah sekolah lain di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, mendapati tidak ada guru lain yang diberi kertas kajian seumpama itu.

education school books 280804 teacher and student Ketika dihubungi, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata bahawa beliau tahu terdapat pekeliling atau arahan seumpama itu yang dihantar ke sekolah-sekolah. Beliau menasihatkan Malaysiakini untuk menghubungi semula minggu depan untuk jawapan  rasmi.

"Pengarah di luar kawasan," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, juga berkata bahawa tidak ada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh kementerian.

"Tidak ada arahan. Kementerian tidak terlibat, saya sudah semak," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS