Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah kanan NFC dijangka didakwa hari ini
Diterbitkan:  Mar 12, 2012 11:33 AM
Dikemaskini: 6:36 AM

Seorang pengarah kanan National Feedlot Corporation NFC dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut sumber, antara pertuduhan yang akan dikenakan membabitkan sejumlah wang yang besar, dan kes itu sedang didaftarkan di pejabat pendaftaran mahkamah jenayah.

NONE NFC terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dana pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan membangunkan projek ternakan lembu di negara ini dengan sasarannya memastikan bekalan daging dalam negara adalah mencukupi .

Pakatan Rakyat mendakwa, antara lain, bahawa dana itu digunakan sebagai membeli hartanah termasuk kondominium mewah di Bangsar, tanah di Putrajaya dan juga beberapa hartanah di Singapura.

Pengarah yang terbabit dalam skandal itu adalah ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ini termasuk pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Ketua Wanita Umno itu. Selain itu, beberapa anak mereka juga menduduki lembaga pengarah syarikat berkenaan.

azlan Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 8 April, sehari sebelum tamat perlantikannya sebagai anggota Dewan Negara berakhir.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS