Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.

Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 300 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat, yang kebanyakan peniaga supaya "memulaukannya".

Anggota majlis negeri L Anand bersetuju terdapat kekurangan peniaga yang ketara kali ini, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikatakan selalu 'tunjuk muka' dalam majlis parti politik tak kira daripada BN atau Pakatan.

"Ini tidak adil kerana peniaga sepatutnya bersikap neutral," katanya yang juga anggota DAP kepada Malaysiakini .

Dalam lawatan dua harinya, Anwar menghadiri pelbagai program, antaranya majlis makan malam kutipan derma di Bayan Baru, ceramah di Tasek Gelugor dan menyampaikan pidato mengenai demokrasi dan ekonomi bersama ketua menteri.

Ketika dihubungi, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Pulau Pinang N Vasantharajan menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang arahan berkaitan kepada peniaga.

Beliau mempertahan sikap dewan yang neutral dan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS