Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tapak perlupusan Bkt Merah boleh dijadikan taman'

Tapak di mana sisa kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak disimpan ketika ini adalah selamat untuk dijadikan sebuah taman rekreasi.

NONE Menurut Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan, ini boleh dilakukan selepas kawasan tapak pelupusan sisa di Bukit Kledang itu dikedap sepenuhnya yang dijadualkan tahun depan.

"(Pihak berkuasa) boleh menjadikan tapak itu sebuah taman, hutan simpan atau tempat rekreasi. Tidak ada masalah. Tiada sebarang larangan," katanya kepada pemberita pada taklimat AELB.

Menurut Raja Abdul Aziz, tapak pelupusan 16 hektar itu terdiri daripada dua sel.

Sel pertama digunakan untuk menanam komponen asal dan struktur ARE itu adalah dua meter di bawah tanah dan dikedap dengan konkrit.

NONE Sel kedua pula akan digunakan untuk menyimpan sisa sebenar yang diproses dari ARE  yang sebelum ini disimpan di dalam tangki minyak kalis kimia di tapak yang sama.

Sisa akan stabil dalam matriks konkrit untuk menjadikan strukturnya seperti batu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS