Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dalam penghakiman penuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, hakim perbicaraan secara panjang lebar menghuraikan bagaimana penterjemah Mongolia itu mengancam tertuduh ketiga Abdul Razak Baginda dan mengapa mahkamah menerima afidavit penganalisis politik itu sebagai sebahagian daripada bukti sehingga membawa kepada pembebasan beliau.

razak baginda acquitted 311008 12 Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakimannya berkata afidavit Razak bertarikh 5 Jan, 2007 disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum kes itu ditutup.

Pada penghakiman 70-muka surat yang diperolehi oleh Malaysiakini , Zaki mengklasifikasikan afidavit Razak, yang menjadi sebahagian besar penghakimanbya  itu, sebagai "bukan sebahagian daripada proses penyiasatan polis" tetapi tertakluk di bawah Akta Sumpah dan Ikrar.

Justeru, kata hakim, afidavit yang disediakan oleh pihak pendakwaan perlu diberikan wajaran sepatutnya seperti bukti-bukti lain dari pihak pendakwaan.

Pada mula perbicaraan itu, hanya sebahagian kecil afidavit itu diterima sebagai keterangan, termasuk pengakuan Razak bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang dikenalinya pada bulan November 2004.

altantuya razak baginda crime scene 180707 media Walau bagaimanapun, penganalisis politik itu berkata beliau menamatkan hubungannya dengan wanita Mongolia berkenaan pada bulan Ogos 2005.

Razak juga mendakwa bahawa Altantuya memeras ugutnya meminta wang kerana "hubungan" berkenaan.

Pada sekitar bulan April 2006, Razak dalam afidavit itu, berkata beliau memberitahu Altantuya bahawa dia tidak akan tunduk ke atas ugutan itu kerana tidak takut hubungan mereka didedahkan.

"Tambahan pula, saya tidak mahu terus membayarnya. Mulai hari itu dan seterusnya, dia terus mengganggu saya melalui telefon dan surat. Sekitar pada bulan Ogos 2006, beliau mengugut untuk datang ke pejabat saya," kata Razak dalam afidavitnya.

Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam berhampiran Kuala Lumpur.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrival Meskipun Razak dibebaskan, dua yang lain yang dituduh bersamanya iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah.

Hakim Zaki juga menyatakan beliau mengambil maklum bahawa Razak dalam afidavitnya menyatakan bahawa kedua-dua polis  pasukan khas itu telah membawa Altantuya ke balai polis untuk disoal siasat pada hari kejadian.

"Adakah kenyataan ini tidak harus diambil kira atau ditolak. Dalam penemuan saya, kenyataan beliau yang dibuat tanpa sebarang keterangan yang menangkis bukti tersebut harus diterima," katanya.

Menurut Hakim Mohd Zaki, setelah menganalisis afidavit berkenaan dan membandingkannya dengan keterangan - penyiasat persendirian P Balasubramaniam; sepupu Altantuya, Burmaa Oyuchimeg; Lans Korporal Rohaniza Roslan dan setiausaha Razak, Siti Aishah Mohd Azlan -  beliau membatalkan pertuduhan bersubahat membunuh yang dihadapi oleh Abdul Razak.

bm kes altantuya 030707 "Saya tiada alasan untuk tidak bersetuju dengan Abdul Razak. Ini kerana kenyataan ugutan adalah dibuktikan  dalam surat yang si mati (Altantuya) hantar pada tertuduh. Altantuya juga mengaku beliau menulis satu nota yang dijumpai oleh Burmaa - ‘Ya, kemungkinan saya silap kerana mengganggu dan mengugut beliau’," kata hakim itu dalam penghakimannya.

Dalam melepaskan Abdul Razak pada 31 Disember, 2008, Hakim Mohd Zaki berkata beliau tidak bersedia untuk mengarahkan penganalisis politik itu untuk membela dirinya.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge concern "Pada pandangan saya, elemen persubahatan seperti konspirasi dan membantu dalam konteks kes ini, maka kematian Altantuya tidak dapat dibuktikan berdasarkan pembuktian prima facie. Kalau ada sebarang inferensi dan keraguan maka undang-undang memutuskan ia harus berpihak kepada tertuduh."

“Mahkamah tidak boleh memanggil seseorang membela diri oleh kerana untuk menerangkan segala keraguan. Walaupun Abdul Razak mungkin memunyai motif oleh kerana ugutan yang dibuat oleh si mati, ia tak boleh menjadi asas untuk sabitkan beliau tanpa sebarang keterangan menikut keadaan atau keterangan langsung pembabitan beliau di dalam kejadian itu," kata Hakim Mohd Zaki lagi.

Hakim itu juga menerbitkan semula sebahagian daripada afidavit Razak dalam penghakimannya.

Para 25: Walaupun saya melantik P Balasubramaniam, namun ganguan oleh si mati ke atas saya dan keluarga saya masih berterusan. Oleh itu, saya meminta bantuan tambahan daripada seorang pegawai polis bernama DSP Musa Safri. Saya dapat berkenalan dengan DSP Musa semasa saya mengendalikan urusan rasmi “Malaysia Strategic Research Centre”.

altantuya razak baginda crime scene 180707 police Para 26: Saya telah meminta DSP Musa untuk membantu pemasangan suatu peti surat ‘polis; di rumah saya, menghantar kereta polis untuk meronda sekitar rumah saya dan memperkenalkan seorang pegawai polis untuk membantu mengenai gangguan oleh si mati.

Para 27: DSP Musa memberitahu saya bahawa beliau akan membantu dengan memperkenalkan terkemudiannya seorang pegawai polis untuk membantu saya.

Para 28: Pada 16 Oktober 2006 dalam satu perjumpaan antara saya dengan Balasubramaniam dan Dhiren Norendra, penyiasat persendirian itu menyarankan aduan dibuat bagi mengusir si mati dari Malaysia. Saya dan Norendra menolak cadangan ini dengan tegas.

Para 29 : Pada sebelah pagi 17 Oktober 2006, si mati telah datang ke rumah saya untuk cuba berjumpa dengan saya dan lawatan ini diketahui oleh isteri saya Mazlinda Makhzan. Saya tidak berada di rumah pada masa itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS