Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Orang ramai marah polis 'terajang' motosikal remaja
Diterbitkan:  Mar 6, 2012 6:50 AM
Dikemaskini: Mar 6, 2012 2:30 AM

Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu terbabas dan mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.

NONE Gambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.

Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah  dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.

Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh , penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.

Cedera parah

Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menerajang  motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu akibat melanggar pembahagi jalan.

Laporan itu bagaimanpun tidak menyebut sama ada remaja itu cuba merempuh anggota polis berkenaan ketika cuba mengelakkan dirinya daripada sekatan jalan raya.

NONE Lim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.

"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!"

[Baca berita penuh]

ADS