Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib minta maaf atas kesilapan BN dahulu
Diterbitkan:  Mar 3, 2012 10:47 PM
Dikemaskini: Mar 4, 2012 12:59 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana BN sedikit sebanyak membuat kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.

NONE "Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," beliau dipetik sebagai berkata dalam majlis turun padang di Baling oleh Bernama.

Bagaimanapun, agensi berita nasional itu melaporkan Najib sebagai berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita.

"Kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya lagi.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS