Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kerana mendakwa beliau menerima tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

hasan ali, jati president pc at his house, kl Sambi menyifatkan Mahfuz sebagai "kuda tunggangan" kumpulan parasit dalam PAS, beliau menafikan dakwaan kononnya NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) yang kini diterajuinya ditaja RM30 juta untuk 2,000 program latihan.

"Saya tidak perlu terlibat dalam mana-mana perundingan dengan pihak kementerian belia dan sukan untuk membincangkan program latihan seperti dituduh ahli parlimen Pokok Sena itu," kata yang dipecat dari PAS awal tahun ini.

Semalam, Mahfuz pada sidang akhbarnya, menuntut supaya satu audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa telah menyediakan sejumlah dana untuk membiaya program Hasan.

ahmad shabery cheek 041108 02 Dakwanya, jumlah sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga menafikan dakwaan berkenaan.

Ahmad Shabery ( foto ) sebaliknya berkata, Mahfuz berbohong dan bersifat kebudak-budakan dengan membuat dakwaan itu dalam sidang medianya pagi ini.

"Mahfuz bohong dan kebudak-budakan. Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling," katanya sinis.

Bercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan juga menafikan melantik mana-mana pihak atau wakil bagi berunding dengan kementerian itu.

Katanya, pada masa ini beliau menyerahkan pada peguamnya meneliti perkara itu kerana ia menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin politik, NGO, masyarakat dan pakar motivasi.

Lembu kambing

"Tidaklah RM50 juta, tapi mungkin hampir-hampir," katanya secara berseloroh apabila diasak oleh pemberita tentang jumlah samannya.

NONE Saman itu akan difailkan dalam masa terdekat, katanya sambil menambah bahawa dakwaan Mahfuz itutidak masuk akal.

Katanya, jika benar dakwaan 2,000 programnya ditaja, ia akan mengambil masa sehingga 18 tahun bagi menghabiskannya kerana program beliau biasanya berlangsung selama tiga hari.

"Kalau lembu kambing pun boleh berfikir, tapi ada orang lebih teruk daripada itu," katanya menyindir Mahfuz ( kiri) .

Beliau juga menafikan dakwaan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menimbulkan isu NGO Jalur Tiga (JATI) ditaja Puncak Niaga.

Sambil mendakwa itu "cerita kedai kopi", Hasan sekali lagi bersifat sinikal dengan menyoal: "Bila Khalid Samad dilantik sebagai jurucakap gereja?"

"Tidak ada. Tapi sebagai NGO kita akan terima bantuan siapa sahaja yang mahu memperjuangkan Islam," katanya.

NONE Setakat ini, menurut Hasan, beliau menggunakan duit sendiri dan bantuan beberapa pihak yang enggan dikenali untuk program jelajahnya.

"Bukan BN," tegasnya bila ditanya khabar angin BN menaja programnya.

Hasan menyifatkan dakwaan berhubung dana JATI ditimbulkan bagi mengalih perhatian terhadap 'krisis' PAS Kedah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS