Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Mahfuz bohong, kebudak-budakan
Diterbitkan:  Mar 2, 2012 6:10 PM
Dikemaskini: 10:13 PM

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa kementeriannya menyediakan dana untuk membiayai program bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali.

ahmad shabery cheek  041108 02 Ahmad Shabery ( foto ) sebaliknya berkata, Mahfuz berbohong dan bersifat kebudak-budakan dengan membuat dakwaan itu dalam sidang medianya pagi ini.

"Mahfuz bohong dan kebudak-budakan. Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling," katanya sinis.

Mahfuz menuntut audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Hasan.

Anggota parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, ia bertujuan menarik belia supaya menyokong BN dan sekurang-kurangnya sebahagian dariapada dana itu telah diperuntukkan.

Dalam SMS balas kepada Malaysiakini hari ini, Shabery mendakwa, tuduhan Mahfuz dibuat kerana pemimpin PAS itu takut dengan populariti Hasan Ali.

Ia juga, tambah Shabery, diburukkan lagi dengan kemelut PAS Kedah - negeri Mahfuz - yang tak dapat selesaikan sehingga ke hari ini.

NONE "Cerita bohong mengenai pembiayaan KBS (kementerian beliau dan sukan) timbul dari igauan buruk akibat kemelut ini.

"Saya nafikan sama sekali dakwaan beliau," kata anggota parlimen Kemaman itu.

Malaysiakini sudah menghubungi Hasan bagaimanapun belum ada sebarang respons daripada pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) - yang mendakwa pro-Islam, Melayu dan Raja itu - setakat ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS