Dalam mengalu-alukan apa yang beliau anggap langkah yang baik dari PAS untuk melantik pemimpin bukan Islam bagi menerajui parti itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dilantik sebagai presiden PAS.
"Mengapa hanya timbalan, mereka sepatutnya lantik bukan Islam sebagai presiden. Lim Kit Siang boleh jadi presiden PAS," sindir Mahathir pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
"Mereka tuduh kita kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mahu lantik bukan Islam sebagai pemimpin parti. Itu baik, baik," sindir beliau.
Menurut bekas pengerusi BN itu, ebelum ini PAS mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti mewakili bukan muslim seperti MCA dan MIC, tetapi cadangan mereka kali ini umpama meludah ke langit.
Mahathir berkata PAS sepatutnya tidak mempunyai masalah bagi menerima bukan Islam sebagai presiden parti itu, kerana selama ini pun mereka mempertahankan dan membenarkan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat yang memetik ayat-ayatal-Quran pada ceramah politik.
“Lagipun, jika mereka bukan Islam, mereka faham tentang Islam dan sekarang boleh menggunakan petikan al-Quran dalam ucapan mereka.”