Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tatu Allah': Mufti gesa KDN gantung The Star
Diterbitkan:  Feb 28, 2012 11:30 AM
Dikemaskini: 5:06 AM

Akhbar The Star patut digantung penerbitan sehingga siasatan selesai ekoran tindakannya menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Eryka Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di dadanya, gesa mufti Perlis.

NONE Dr Juanda Jaya berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengambil tindakan paling tegas itu ekoran penyiaran gambar itu dianggap menghina Islam dan tiada alasan untuk harian berbahasa Inggeris itu terlepas pandang.

"Permohonan maaf hari ini dengan kolum 'seciput' saiznya adalah amat tidak memadai. KDN perlu gantung The Star sementara waktu siasatan dilengkapkan," katanya.

KDN hari melaporkan The Star dipanggil memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar itu bersama artikel satu halaman penuh pada Isnin dan tindakan susulan akan dibuat berdasarkan penjelasan itu.

Gambar yang disiarkan akhbar milik MCA itu menunjukkan sebahagian dada Badu yang terdedah tertera kalimah "Allah" dalam bahawa Arab, beberapa huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Juanda juga menggesa KDN dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menghalang konsert Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara esok.

Selain itu, dakwa Juanda lagi, lagu-lagu dendangan "Ratu Neo-Soul" itu juga berunsur lucah dan pasti menganjurkan maksiat dan keruntuhan akhlak.

NONE "Ini selaras dengan transformasi yg dilaungkan oleh pihak kerajaan," katanya yang juga bekas zamil di Universiti Oxford, United Kingdom.

Mempertahankan gesaannya itu, Dr Juanda berkata, beliau menyokong kebebasan akhbar tetapi ia hendaklah tidak mencerca agama dan pegangan orang lain.

Dalam perkembangan berkaitan, kemarahan ramai terus meletus apabila kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini berkongsi pandangan sama dan Pemuda PAS pula menghantar memorandum supaya konsert esok dibatalkan.

The Star bagaimanapun sudah dua kali meminta maaf - di halaman kedua akhbarnya hari ini dan di laman webnya semalam.

Pemuda PAS: Sekurang-kurangnya sebulan

Sementara itu, Pemuda PAS pula hari ini senada dengan gesaan Dr Juanda tetapi menetapkan penggantungan itu harus dikuatkuasakan sekurang-kurangnya selama sebulan.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 05 "Pihak penganjur juga mestilah diambil tindakan tegas kerana mengundang artis seperti itu," kata ketua dewan itu Nasrudin Hassan.|

Beliau juga berkata, permohonan maaf The Star tidak mampu menyembuhkan luka umat Islam akibat "penghinaan" yang dilakukan berulang kali.

"Biarpun The Star telah memohon maaf, namun ini entah ke berapa kali The Star membuat kesilapan yang hampir serupa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tahun lalu, akhbar sama turut menjadi sasaran kemarahan pelbagai pihak apabila menyiarkan gambar daging babi dalam sisipan berkenaan juadah berbuka puasa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS