Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan diberi 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0

Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

NONE Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas,  atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS