Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media arus perdana tidak mempunyai harapan untuk "melaga-lagakan" beliau dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keselamatan Israel.

anwar ibrahim in teluk cempedak kuantan anti-lynas Mendedahkan secara ringkas isi pertemuan beliau dengan Nik Aziz beberapa hari lalu, Anwar menganggap jika pergaduhan itu berlaku, ia merupakan "hadiah paling besar" bagi media arus perdana.

"Kalau saya gaduh dengan Nik Aziz, bagi mereka (itu) hadiah paling besar.

"(Gaduh) dengan Nik Aziz, dia tok guru saya, tidak ada harapan (tengok) saya nak bergaduh dengan dia (Nik Aziz)," kata Anwar dalam ceramahnya di Kuantan semalam.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, menteri besar Kelantan itu bertanya beliau mengenai dakwaan 'menyokong' Israel, ketua pembangkang menunjukkan kepada Nik Aziz, laporan bahawa beliau menyebut perkataan 'contingent' yang membawa maksud "tertakluk dengan syarat".

Bagaimanapun, Anwar menegaskan perkara tersebut tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Tok Guru kata tak tahu cerita panjang, minta penjelasan. Saya jelas, saya tetap (membela) rakyat Palestin.

NONE "Tetapi PAS tak mahu terus (iktiraf) pada Israel," kata Anwar di hadapan lebih 500 penyokong di sebuah tanah lapang dalam kawasan Pejabat Perhubungan PKR negeri.

Katanya, antara syarat tersebut adalah menerima negara Palestin, kembalikan Baitulmaqdis, melepaskan Gaza dan tidak membunuh rakyat Palestin.

"(Israel) terima syarat tak?... Tak terima. Jadi (saya) tak (sokong Israel)... Apa parti Umno, hari-hari kena (buat) fitnah," katanya sambil menempelak parti itu yang didakwanya mahu menang dengan memfitnah.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan berkata beliau amat menghormati Mursyidul Am iu dan pandangan PAS.

"Nik Aziz, dia baik, kita hormat beliau," katanya Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu Selasa lalu,  Anwar dilapor berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini, selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.

NONE Dalam pertemuan selama 40 minit itu,  Anwar yang juga ketua pembangkang berkata beliau tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirundingkan mereka di Doha, Qatar dua minggu lalu.

"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian PAS yang tegas tentang Israel, " katanya .

Dalam ceramahnya beberapa jam sebelum berlangsungnya Himpunan Hijau 2.0, Anwar berkata beliau berjanji untuk "melepas" pelajar dari beban hutang Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) dalam masa satu hingga dua tahun jika mentadbir Putrajaya.

"Dalam masa satu atau dua tahun kita lepaskan (mereka) dari PTPTN. Kita buat macam Erdogan dalam masa tiga tahun untuk lupuskan pinjaman (pendidikan)," katanya sambil menambah Turki memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS