Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

GALERI FOTO

Kira-kira 200 umat Islam dan mahasiswa berarak selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi mengecam tindakan tentera Amerika itu membakar al-Quran di Afghanistan baru-baru ini.

NONE Sambil melaungkan slogan anti-AS dan Yahudi, berselawat dan bertakbir, mereka juga merentangkan beberapa kain rentang dan poster yang tertulis " Respect our Quran " (hormati al-Quran kami) dan " Damn You US Arm y (Jahanam kamu Tentera AS).

"(Tindakan) ini bukan kali pertama, sebelum ini melalui paderi dan orang tertentu yang mengancam untuk membakar Al-Quran kononnya untuk memperingati peristiwa 11 September.

"Mereka menganggap Al-Quran menganjurkan peperangan dan jenayah, sebenarnya tanggapan itu salah, tidak benar dan keterlaluan.

NONE "Mereka tidak memanggil ulama Islam untuk berbincang," kata Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hasan ( gambar kiri, kedudukan kanan sekali ) yang mengetuai perhimpunan itu dalam sidang media selepas itu.

Katanya, tentera Amerika itu tidak menghormati Al-Quran, bahkan umat Islam tidak pernah bertindak untuk membakar Injil - kita suci penganut Kristian.

"Jika tidak, tidak mustahil umat Islam akan bangkit di seluruh dunia," tegasnya.

'Duta AS enggan terima memo'

Nasrudin menggesa AS memberi jaminan supaya perkara itu tidak berulang dan mendesak tindakan tegas diambil terhadap tentera yang membakar Al-Quran kerana permohonan maaf saja tidak cukup.

Sementara itu, dalam memorandum yang diserahkan, Nasrudin berkata Pemuda PAS kesal dengan kerajaan Amerika Syarikat yang tidak mengambil tindakan atau inisiatif untuk menghalang kejadian ini berterusan.

NONE "Dewan Pemuda PAS melihat Presiden Obama tidak serius dalam memulihkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Amerika Syarikat khususnya dan dunia amnya," memorandum itu dipetik.

Dalam memorandum itu, Nasrudin juga mengingatkan kepada Amerika Syarikat dan NATO di Afghanistan sekiranya tindakan tentera Amerika itu tidak dibendung, maka satu lagi 'perang kecil' akan berlaku.

Memorandum itu cuba disampaikan sendiri oleh Nasrudin bersama tiga lagi pemimpin Pemuda PAS kepada ketua keselamatan kedutaan Amerika kira-kira jam 2.40 petang.

Nasrudin bagaimanapun mendakwa duta negara itu di sini enggan menerima memorandum tersebut.

VIDEO | 7.46 mins

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS