Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini terus menafikan bahawa serangan ke atas ahli PKR minggu lalu berlaku di kawasan parlimennya.

"Pertama, Batu Empat bukan berada dalam kawasan bahagian pilihan raya saya," katanya dalam sidang akhbarnya di Putrajaya.

"Saya tidak tahu kenapa mereka terus sebut Sembrong. Ceramah itu bukan diadakan di sana," kata Hishamuddin.

NONE Ahad lalu, ceramah PKR di Jalan Mersing, Sembrong diganggu oleh penduduk tempatan yang didakwa ahli Umno. Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah.

PKR mendakwa pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

Antaranya, mereka didakwa membuat bising dan menjerit-pekik dan membuat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motosikal, air horn dan siren.

Menjawab soalan mengenai perkara itu, Hishamuddin berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

NONE "Saya difahamkan laporan polis telah dibuat, dan bagi saya, sesiapa yang bersalah tetap bersalah.

"Mereka yang bersalah akan menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah," kata ahli parlimen Sembrong itu.

Menurut beliau perkara itu adalah mudah dan tidak sepatutnya dipolitikkan hanya kerana ia dikatakan berlaku berhampiran kawasan parlimennya.

"Mengapa fokus pada Sembrong? Tanya diri awak mengapa di sana?" kata Hishammuddin.

Dalam serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, seorang dilaporkan cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik manakala seorang lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS