Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan Mat Sabu batal saman fitnah ditolak

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu - yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu - untuk membatalkan kes di mana beliau didakwa memfitnah anggota polis Bukit Kepong dan keluarga mereka dalam satu ceramah di Tasek Gelugor pada bulan Ogos.

NONE Peguam Hanipa Maidin ( kiri ) yang mewakili Mat Sabu berhujah bahawa kes itu berdasarkan perspektif sejarah dan mahkamah bukan platform untuk membincangkan perkara itu.

Hanipa juga berhujah bahawa kes Mat Sabu bukan mengenai mangsa kes sejarah menuntut gantirugi.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah mengenai tafsiran sejarah dan mahkamah bukanlah platform untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk  Mohd Amin Firdaus berkata, kes sejarah seumpama itu dibenarkan disebut dalam mahkamah.

Beliau memberi contoh kes saman Chin Peng terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkannya kembali ke tanahairnya.

Sementara itu, Hanipa berkata, Mat Sabu akan cuba memohon penangguhan sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini.

Mat Sabu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah tadika di pusat pendidikan PAS di Padang Menora di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

pengukir nama johor mat sabu 050911 Beliau berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mat Sabu menghadapi tuduhan alternatif memfitnah konstabel Marin Abu Bakar Daud, Jaafar Hassan dan Yusoff Rono dan keluarga mereka pada masa dan tempat yang sama.

Tuduhan tersebut ekoran laporan yang dibuat oleh tiga anggota keluarga konstabel berkenaan - Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS