Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sah - satu lagi debat MCA-DAP di Negeri Sembilan
Diterbitkan:  Feb 21, 2012 1:18 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Ketua MCA Negri Sembilan Dr Yeow Chai Thiam bersetuju pada dasarnya untuk menerima cabaran debat awam daripada rakan sejawatannya dari DAP.

NONE Bagaimanapun, Yeow ( kanan ) menuntut bahawa Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke supaya memegang kata-katanya sebelum ini yang berjanji bahawa butiran bagi perbahasan itu, termasuk pemilihan topik, dan syarat-syaratnya semata-mata diputuskan oleh MCA.

Menurut laporan dalam akhbar-akhbar Cina hari ini, tiga orang wakil dari DAP Negeri Sembilan telah menyerahkan surat jemputan berdebat itu ke ibu pejabat negeri MCA pagi semalam.

Surat mencabar Yeow untuk berdebat dengan Loke dikatakan bertujuan "mengukuhkan politik demokrasi dan menggalakkan budaya perdebatan awam di kalangan pemimpin-pemimpin".

Pada sebelah petangnya, Yeow, yang tewas kepada Loke di kawasan parlimen Rasah pada  pilihan raya umum 2008 tetapi kemudiannya dilantik sebagai senator, mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan kesedian MCA menerima cabaran itu.

[Baca berita penuh]

ADS