Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS Pahang mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya dari semua 14 kawasan di negeri itu untuk turun ke demonstrasi membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan Ahad ini.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka.

"Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

"Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut.

Tuan Ibrahim ( kiri ) yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu.

Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.

NONE PAS T'ganu turut sokong

Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur.

Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.

"Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara.

NONE "Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," kata setiausaga PAS negeri Yahya Ali.

Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun.

ADS