Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat membidas pengganti beliau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menuduhnya tidak cekap sepanjang tempoh beliau menjadi ketua parti Cina itu.

lim guan eng chua soi lek debate press conference Chua ( kiri ) semasa perdebatan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lalu, mengheret nama Ong dengan mendakwa bekas presiden itu tidak mampu memimpin dan ditolak oleh ahli-ahli MCA setahun selepas memegang jawatan.

Isu itu timbul apabila Lim meminta Chua mengulas "saki-baki" dan “sisa serbuk” merujuk kepada projek-projek pembangunan kerajaan yang diberikan kepada MCA oleh Umno.

Perkara itu didedahkan oleh Ong dalam perbualan peribadinya dengan seorang pegawai kedutaan Amerika Syarikat pada tahun 2006 yang kemudiannya dipetik oleh laman pembocor maklumat Wikileaks, tahun lalu.

Mempertahankan dirinya, Ong pada Twitter pada malam Sabtu berkicau: 'CSL mengheret saya dengan satu tamparan... Tetapi saya terfikir apakah dirinya sendiri tidak ‘busuk’, sedangkan sokongan terhadap MCA terus merudum [sic]’.

NONE Bercakap pada sidang media selepas penyerahan bantuan BR1M kepada kira-kira 2,000 penduduk di kawasan parlimennya di Pandan, hari ini, Ong ( kanan ) menjelaskan kenyataannya seperti yang didedahkan oleh Wikileaks.

"Apabila kedutaan AS bertanya kepada saya tentang sentimen masyarakat Cina pada tahun 2006, saya menyebut perkataan ‘saki-baki’ dan ‘sisa serbuk’ sebagai persepsi kerana itulah apa yang dirasakan di kalangan masyarakat Cina.

"Itu adalah persepsi ... tapi sekarang, saya fikir terpulang kepada anda mentafsir ... berdasarkan pemerhatian saya, sokongan kaum Cina (kepada MCA) makin goyah."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS