Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan kelulusan tersirat berhubung perhimpunan besar-besaran rakyat yang membantah tindakan kerajaan membenarkan Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) membina pusat memproses nadir bumi di Gebeng pada 26 Februari ini.

NONE Ditanya sama ada kerajaan akan bertindak terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dijadualkan di di Kuantan, Najib berkata:

"Mengapa kita harus bertindak terhadap perhimpunan itu? Setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Najib berkata di bawah Akta Perhimpunan yang baru diluluskan kerajaan, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secra aman.

"Jika mereka mematuhi undang-undang, kenapa kita perlu untuk bertindak terhadap mereka?" soalnya lagi.

Menurut Najib, BN juga mampu menganjurkan perhimpunan yang lebih besar daripada apa yang dirancang oleh penganjur anti-Lynas itu.

Perhimpunan, yang dikenali sebagai Himpunan Hijau 2.0 itu adalah anjuran penduduk sekitar Kuantan dan dijangka menjadi bantahan terbesar yang pernah disaksikan di Pantai Timur.

NONE Dengan pengesahan beberapa pemimpin kanan Pakatan untuk turun padang bagi meluahkan sokongan mereka, perhimpunan Ahad depan itu dijangka panas. PAS Pahang juga telah mengarahkan semua ahli-ahlinya untuk hadir.

Ditanya jika wartawan jika Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ada membuat keputusan untuk berundur dari kabinet, Najib tidak memberikan jawapan yang jelas.

"Ia tidak dibincangkan di sini. Ini adalah prerogatif Perdana Menteri," katanya.

 

 

ADS