Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz: Anwar perlu buat kenyataan terbuka
Diterbitkan:  Feb 15, 2012 10:52 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ).

NONE Beliau yang dipetik Utusan Malaysia berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

"Kalau dia (Anwar) hendak berjumpa (saya) tidak ada apa, kami cukup sokong orang yang duduk atas kebenaran, tidak merasa gerun.

"Cuma sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawab secara sulit tidak betul, isu terbuka, jawab juga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu," kata menteri besar Kelantan itu dipetik akhbar milik Umno itu lagi.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian yang memetik sumber dalaman PKR berkata, Anwar dijadualkan bertemu Nik Aziz dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu berkenaan.

Akhbar itu melaporkan perjumpaan kedua-dua pemimpin berkenaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

 

“Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz).

 

“Perbincangan yang mendalam akan diadakan bersama Tok Guru bagi menjelaskan isu ini,” petik sumber itu kepada Sinar .

anwar wan azizah and turkey finance minister Mehmet Simsek Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan WSJ dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

 

ADS