Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BBC mohon maaf siarkan dokumentari tajaan M'sia
Diterbitkan:  Feb 12, 2012 12:39 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

Perbadanan Penyiaran British (BBC) telah memohon maaf kerana menyiarkan program hal ehwal semasa yang ditaja, termasuk lapan yang memaparkan Malaysia.

NONE Dalam satu kenyataan di laman web BBC semalam, badan itu berkata "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Feb 2009 dan Julai 2011, melanggar peraturan dalaman yang bertujuan melindungi integriti editorial.

"Peraturan ini memastikan program ini adalah berkecuali dan dilihat bebas dari pengaruh iklan atau tekanan sama ada dari dalam mahupun luar," kata kenyataan tersebut.

Walaupun program yang tidak berkaitan dengan Malaysia disebut tanpa mendedahkan butiran terperinci, BBC menyatakan dengan jelas bahawa lapan program yang disiarkan mempunyai “hubungan kewangan” dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat percanggahan kepentingan, walaupun BBC tidak menyedari perkara berkenaan ketika program itu disiarkan," kata kenyataan tersebut.

Ia juga langsung tidak menyebut mengenai firma perhubungan awam yang berpangkalan di London FBC Media Ltd yang menerbit atau menghasilkan lapan program dokumentari berkenaan.

penan blockage bakun logging Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui di Parlimen bahawa kerajaan telah membayar 19.6 juta euro (RM80 juta) kepada FBC Media antara 2007 dan 2010 untuk meningkatkan imej Malaysia di mata dunia antarabangsa.

Antara lain, dokumentari yang diterbitkan memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS