Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Spekulasi bertiup kencang mengenai pertemuan empat mata yang dijadualkan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, di istana baginda di Johor Baharu, hari ini.

Najib akan hadir bagi upacara ulang tahun ke-15 sambutan pembangunan Danga Bay yang terletak di sepanjang beberapa hektar pantai yang menghadap Selat Tebrau.

Sambutan dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang dan selepas itu, Najib akan ke istana Bukit Serene, Johor Baharu untuk mesyuarat dengan baginda yang dijangka bermula pada jam 5.30 petang.

NONE Baginda juga dijadual akan mencemar duli dengan sambutan ulang tahun itu dengan melancarkan yayasan kebajikan yang berkaitan dengan projekDanga Bay itu. Justeru, pertemuan baginda dengan perdana menteri menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila aturcara seterusnya bagi Najib adalah bagi menyaksikan perarakan Chingay di pusat bandar yang hanya bermula pada jam 8.30 malam.

Sehubungan itu, masa pertemuan yang panjang itu dipercayai akan berkisar tentang perbincangan isu-isu politik berbanding perkara sosial. Antaranya sama ada Datuk Ghani Othman yang telah berkhidmat selama empat penggal akan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar jika BN yang diramalkan akan terus berkuasa selepas pilihan raya akan datang.

Najib dikatakan mahu Ghani supaya terus berkhidmat tetapi menteri besar itu dalam kiasan pada ucapannya semasa perayaan Thaipusam, baru-baru ini memberi bayangan bahawa beliau mahu berundur dan telah juga mengenal-pasti calon yang paling layak mengambil tempatnya.

NONE Sebelum ini, Ghani ( kanan ) telah berulang-kali berkata bahawa ahli parlimen Johor Baharu Datuk Seri  Shahrir Abdul Samad patut diberikan peranan lebih luas dalam hierarki Umno negeri itu berdasarkan integriti dan keupayaannya.

Ini dilihat sesetengah pihak sebagai petanda jelas bahawa Ghani bersetuju mengundurkan diri supaya Shahrir dilantik sebagai penggantinya.

Namun bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga bekas menteri besar Johor, beliau bersedia melepas Ghani tetapi bukannya digantikan oleh Shahrir, yang dianggap bukan penyokong setianya.

Dalam perkiraan politik Umno Johor yang rumit, mana-mana calon yang mahu menggantikan Ghani, kecuali Shahrir mesti bergabung dengan Muhyiddin bagi menghidupkan sebarang peluang bagi mendapatkan kedudukan itu.

Selain itu, perkenan Sultan Johor juga penting sebelum keputusan pilihan muktamad dibuat. Baginda dikatakan juga bersetuju supaya calon baru dilantik sebagai menteri besar yang baru.

Sejarah membuktikan pilihan menteri besar di Johor cukup rumit. Putrajaya sedar pilihan yang tidak diperkenan oleh Istana Bukit Serene mungkin membawa padah dan menimbulkan pelbagai masalah lain.

NONE Percaturan memilih menteri besar baru semakin kusut apabila pada masa yang sama timbul ura-ura bahawa jawatan nombor satu dalam Umno yang kini diduduki oleh Najib sedang diintai oleh Muhyiddin.

Ramai penganalisis politik berpendapat jika Umno gagal merampas semula majoriti dua pertiga di parlimen dan juga beberapa negeri yang tewas pada pilihan raya umum 2008, maka Muhyiddin dijangka mencabar ketuannya itu. Lebih-lebih lagi pemilihan parti mesti diadakan selepas pilihan raya umum.

[Baca berita penuh]


Terence Netto menganggap dirinya sebagai wartawan bebas.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS