Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli Parlimen Segambut,  Lim Lip Eng berkata, beliau bersedia untuk mendapatkan Danny Ng, mangsa yang dikasari seorang pekerja KFC i-City minggu ini, untuk berdamai sekiranya pelaku terbabit meminta maaf.

NONE Katanya, beliau akan cuba untuk meyakinkan mangsa supaya berjabat

tangan dan berdamai dengan mereka yang mengkasarinya di KFC jika pelaku itu meminta maaf.

Tawaran tersebut dibuat beberapa jam sebelum Ng dijadualkan menghadiri sesi cam pelakunya, di balai polis Shah Alam petang ini.

Ng telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut Rabu lalu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau berkata, pihak pengurusan KFC bersetuju untuk menemui Ng minggu depan di ibupejabatnya.

Lim berkata, Ng akan diiringi peguam DAP di kedua-dua pertemuan tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS