Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Mengapa MCA gentar dengan PERKASA?
Diterbitkan:  Feb 5, 2012 12:47 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

DAP hari ini menggesa MCA melarang ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis yang bakal dianjurkan oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA kerana mendakawa NGO itu adalah organisasi "perkauman".

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan eng Dalam kenyataan media hari ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata jika MCA tidak menguatkuasakan larangan itu, ini hanya membuktikan bahawa parti Cina itu mempunyai hubungan dengan PERKASA.

Menurut Lim DAP "terkejut" apabila dimaklumkan bahawa presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek mengumumkan bahawa tiada larangan dikeluarkan bagi mengharamkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis dan acara yang dianjurkan oleh PERKASA.

"Membenarkan ahli dan penyokong MCA menghadiri acara dan majlis PERKASA, bukan sahaja membuktikan (bahawa terdapat) hubungan MCA dengan NGO itu.

"Dengan berbuat demikian, MCA juga mengiktiraf peranan PERKASA dalam politik Malaysia walaupun pertubuhan itu memperjuangkan agenda perkauman sepit dan pelampau ke atas masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.

NONE "Adakah MCA dan Chua terlalu gentar terhadap PERKASA sehingga tidak berani melarang ahli mereka daripada menghadiri atau menyertai majlis dan acara anjuran PERKASA?" soal beliau.

Lim berkata Chua ( tengah ) dan MCA tidak boleh mendakwa mereka memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Malaysia jika mereka membenarkan ahli-ahli menyertai majlis PERAKSA kerana pertubuhan itu “menyemai benih kebencian’ terhadap masyarakat bukan Melayu.

Semalam, Chua  dilaporkan berkata MCA tidak akan menghalang ahli-ahlinya daripada menghadiri acara PERKASA kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

MCA dibidas pelbagai pihak selepas pengerusi cawangan parti itu di Sri Desa, Dr Collin Tiew menghadiri acara Tahun Baru Cina anjuran PERKASA pada 29 Januari. Pada majlis itu, PERKASA mengagihkan wang dalam bentuk ‘angpau putih’ kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina.

NONE Mengikut adat kepercayaan Cina, pemberian wang dalam sampul putih hanya dikhaskan semasa kematian atau pengkebumian.

Warna pilihan adalah merah. PERKASA mengakui kesilapan itu dan berkata kejahilan berkenaan berpunca kerana gagal memahami adat resam Cina.

Bagaiamanpun Tiew mendakwa tindakan oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali itu disengajakan.

Menurut Lim, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berani berbuat demikian kerana mendapat pembelaan daripada BN.

“Jelas PERKASA sengaja tidak mahu mempedulikan sensitiviti masyarakat Cina dengan memberi ang pau putih.

“PERKASA berani berbuat demikian kerana yakin mereka mendapat pembelaan daripada Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS