Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali hari ini mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan merayu pemecatannya daripada parti itui.

Empat hari sebelum tempoh membuat rayuan tamat, Hasan berkata keputusannya itu dibuat kerana beliau telah dipecat sewenang-wenangnya.

Beliau menyenaraikan sembilan sebab mengapa beliau membuat keputusannya tersebut:

1. Peranan 'parasit' dalam mempengaruhi pemecatannya.

2. Tidak menerima sebarang surat meminta beliau menjawab tuduhan terhadapnya.

NONE 3. Sebelum pemecatannya pada 27 Disember, Mursyidul Am PAS, Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata perkara itu telah diselesaikan.

4. PAS telah terpesong daripada perjuangan asalnya.

5. Pendirian akomodatif PAS terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat.

6. Menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melojak, menjunjung, mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti.

7. 'Parasit' dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR, berbanding wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran kerajaan negeri.

8. Ruang untuk Islam di Selangor khususnya, yang berkaitan dengan nahi munkar yang menjadi perkara pokok perjuangan PAS hampir tidak wujud. DAP, PKR dan sebahagian pimpinan PAS negeri yang menjadi 'parasit' parti, tidak menyebelahi beliau atas alasan bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih pilihan dan demi mengutamakan Putrajaya.

9. 'Parasit' PAS menyuarakan pandangan negatif terhadap apa yang beliau lakukan yang menyentuh persoalan Islam dan Melayu. Mereka tidak pernah merujuk kepada beliau atau jabatan-jabatan di bawahnya seperti MAIS, JAIS dan Lembaga Zakat, tetapi sebaliknya mereka lebih suka menyerangnya, termasuk menyuarakannya melalui media massa.

VIDEO | 9.38 min

[Baca berita penuh]

ADS