Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

NONE “Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini .

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

NONE "(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS