Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP dakwa Umno peralatkan MIC bagi tipu India
Diterbitkan:  Feb 3, 2012 8:22 AM
Dikemaskini: 12:27 AM

DAP mendakwa pemimpin Umno memperalatkan rakan-rakan MIC untuk menipu masyarakat India demi kepentingan politik mereka.

NONE Sebagai buktinya, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar berkata meskipun kepimpinan MIC diberi portfolio Menteri Sumber Manusia, namun tidak ada sebarang perubahan dalam pengambilan pekerja-pekerja baru dari kalangan masyarakat India ke dalam sektor awam.

“Sudah pasti jawatan Menteri Sumber Manusia itu adalah satu jawatan boneka yang tidak boleh membantu masyarakat India.

“Akhirnya terbongkar juga bahawa  Menteri Sumber Manusia hanya layak menjadi bahan hiasan dalam kabinet Malaysia. Segala janji-janji yang diberikan masih tidak ditunaikan lagi,” katanya dalam satu kenyataan media dan disiarkan dalam portal DAP - Roketkini .

Sehubungan itu,  Sivakumar  yang juga Adun Tronoh meminta kerajaan BN, khususnya MIC, yang mendakwa mereka membantu masyarakat India supaya menjelaskan tiga persoalan utama tentang kedudukan orang India dalam sektor perkhimdatan awam.

  • Nyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kaum India  yang berkhidmat dalam sektor awam  pada masa ini?
  • Nyatakan peratus pegawai dan kakitangan kaum India dalam sektor awam dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kakitangan sektor awam?
  • Nyatakan jumlah pengambilan pegawai dan kakitangan baru dari kalangan kaum India di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri bagi tahun 2010, 2011 dan 2012?
Menurut Sivakumar, hanya jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dapat membuktikan sama ada kerajaan BN benar-benar membela kaum India atau hanya cakap kosong sahaja.

azlan “Sebilangan besar daripada kaum India masih berada di bawah garis kemiskinan dan tidak dapat bersaing kerana beberapa faktor . Satu daripada faktor utama ialah mereka tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor awam.

“Pada satu ketika dahulu ramai kaum India bekerja dalam sektor awam. Sekarang kita dapat melihat di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan tertentu langsung tidak mempunyai pekerja India.

“Kenapakah  ini berlaku? Ini sudah semestinya akibat dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan BN yang mempunyai agenda tersendiri,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS